Thursday, June 4, 2026

Maritim Malaysia tidak kompromi salah laku pegawai, anggota

Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan penuh dan telus terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melanggar peraturan atau undang-undang.

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku yang dilakukan oleh para pegawai dan anggotanya, tegas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Justeru, tegas beliau, Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan penuh dan telus terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melanggar peraturan atau undang-undang.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan prinsip yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan hanya diambil selepas menjalani siasatan dan prosiding yang sah.

“Setiap dakwaan salah laku akan disiasat sewajarnya tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Anwar pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Mohd Rosli menegaskan, tindakan itu membuktikan Maritim Malaysia mengekalkan kepercayaan rakyat, selaras dengan prinsip profesionalisme dan akauntabiliti.

“Tanpa integriti, kepercayaan rakyat akan terhakis. Maritim Malaysia komited memastikan semua anggota melaksanakan tugas dengan amanah danbertanggungjawab,” ujarnya.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2025, Maritim Malaysia menyiasat 19 kes salah laku pegawai dan anggota yang melibatkan kes rasuah, tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah serta pelanggaran tatakelakuan perkhidmatan awam.

Daripada jumlah itu, tiga pegawai telah dibuang kerja, tiga lagi ditangguh pergerakan gaji, sembilan dikenakan amaran, manakala empat pegawai lain dibebaskan selepas prosiding dan siasatan lengkap dijalankan. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan