Thursday, June 4, 2026

MIC patut minta maaf dengan masyarakat India, bukan UMNO

UMNO tidak pernah mendesak MIC untuk memohon maaf - Puad Zarkashi

Mesti Baca

MIC sepatutnya meminta maaf dengan masyarakat India sehingga parti itu dihukum teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu sekiranya mereka merasakan bersalah dan bukannya kepada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO tidak pernah mendesak MIC untuk memohon maaf.

Beliau berkata, ketika MIC menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Julai 2020, parti itu tidak berbincang dengan UMNO.

“Bila MIC keluar PN pada Ogos 2020 bukan UMNO yang paksa. UMNO tahu MIC bukan parti junior.

“Apabila Vigneswaran (Presiden MIC) tuduh Zahid (Presiden UMNO) penipu, ia bukan isu kepada UMNO. Sebab itu MKT UMNO tidak bincang dan desak MIC minta maaf,” katanya hari ini.

MOHD PUAD ZARKASHI

Beliau mengulas kenyataan S.A.Vigneswaran bahawa MIC tidak akan memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN) atas keputusan mereka untuk meneroka kerjasama ‘politik baharu’ atau penjajaran strategik yang dianggap penting untuk kelangsungan masyarakat India.

Semalam, Perhimpunan Agung MIC Ke-79 meluluskan usul agar parti itu keluar daripada BN.

Bagaimanapun usul itu kemudian ditangguhkan dan memberi ruang kepada pucuk pimpinan parti tersebut untuk membuat keputusan.

Mohd Puad berkata, masalah MIC sebenarnya hanya berkaitan dua pemimpin MIC yang tidak , dalam Kabinet.

Walhal katanya, perkara itu adalah prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala wakil rakyat MIC tidak mempunyai sebarang masalah dan tetap berkhidmat dengan baik.

“Perwakilan MIC serah kepada pimpinan MIC buat keputusan. Jangan jadikan pula sejambak bunga daripada PMX (Anwar) untuk dolak-dalih. 

“Kalau mahu sertai PH (Pakatan Haapan) tiada yang larang. Vigneswaran bukan junior politician. Bukan budak budak,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan