Friday, June 5, 2026

BN tanding 41 kerusi di Sabah, calon dipersiap bentuk kerajaan

Barisan calon yang diketengahkan juga diperkukuh dengan tahap pendidikan yang tinggi yang majoritinya mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD...

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding di 41 daripada 73 kerusi keseluruhan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah) Ke-17 yang akan berlangsung 29 November ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, daripada 41 calon yang diketengahkan, 80 peratus daripadanya adalah mula baharu dan lebih 30 peratus golongan muda.

“Ia sebagai tanda iltizam BN membawa pembaharuan lebih progresif dan responsif terhadap cabaran semasa.

“… membuktikan komitmen BN memperkasa penglibatan generasi ini dalam membawa suara orang muda dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, khususnya dalam menerajui agenda pekerjaan berkualiti, inovasi digital, pengupayaan belia dan ekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan senarai calon BN yang akan bertandinh dalam PRN Sabah Ke-17 itu.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Bung Moktar berkata, barisan calon yang diketengahkan juga diperkukuh dengan tahap pendidikan yang tinggi yang majoritinya mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) manakaa dua daripada adalah doktor perubatan.

“Ini membuktikan bahawa calon-calon yang ditawarkan bukan sahaja berpengalaman, tetapi juga berkualiti dari segi intelektual dan profesional malah mampu menerajui agenda ekonomi, teknologi serta pembangunan sosial Negeri dengan lebih kompeten dan berwibawa,” kata beliau.

Bung Moktar berkata, semua calon BN akan membawa komitmen berterusan parti untuk memacu pembangunan Sabah.

Katanya, ia bermula dengan membangunkan luar bandar dan infrastruktur, membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan rakyat serta memperkasa sistem pendidikan dan modal insan. 

Tambah beliau, ia juga selari dalam semangat untuk terus menjamin kesaksamaan wilayah selaras dengan roh MA63.

“Insya-Allah, calon-calon ini mencerminkan sebuah tawaran menyeluruh untuk memastikan Sabah bergerak ke hadapan dengan lebih tersusun, makmur dan inklusif.

“BN Sabah yakin kesepaduan di antara pemimpin berpengalaman dengan wajah baharu serta calon muda berkelayakan tinggi akan memberi kelebihan besar untuk membawa Sabah menuju masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing,” katanya.

Berikut senarai calon BN bagi PRN Sabah Ke-17:

  1. N.01 BANGGI – NORMALAH RASIK
  2. N.02 BENGKOKA – DATUK HARUN DURABI
  3. N.03 PITAS – DATUK BOLKIAH ISMAIL
  4. N.04 TG KAPUR – KEVIN LEE SIP KIN
  5. N.08 PINTASAN – TADZUL RADIM
  6. N.09 TEMPASUK – DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN
  7. N.10 USUKAN – DATUK SERI DR. MOHD.SALLEH SAID KERUAK
  8. N.12 SULAMAN – DR SHAHNON RIZAL THAIJUDDIN
  9. N.13 PANTAI DALIT – ALFIAN SAMBAS
  10. N.16 KARAMBUNAI – DATUK YAKUBAH KHAN
  11. N.17 DARAU – ARFANSYAH ABDUL GAFAR
  12. N.24 TG KERAMAT – JEFFERY NOOR MOHAMED
  13. N28 KAWANG – DATUK JAMAL NORUBIT @ NERUB
  14. N.29 PANTAI MANIS – REDZUAN ISMAIL@GARI
  15. N.30 BONGAWAN – DATUK MOHAMAD AL-AMIN
  16. N.31 MEMBAKUT – RUSMAN DULAMIT
  17. N.32 KLIAS – OSIN JILON
  18. N.33 KUALA PENYU – DATUK AWANG ASLEE LAKA
  19. N.34 LUMADAN – DATUK MOHD NAZRI ABDULAH
  20. N.36 KUNDASANG – JAPIRIN SAHADI
  21. N.37 KARANAAN – NADZMIN KAMIN
  22. N.38 PAGINATAN – DATUK JEMADI @ JUNAIDI SAHAT
  23. N.41 LIAWAN – DATUK NIK MOHD NADZRI NIK ZAWAWI
  24. N.45 SOOK – DATUK SERI ARTHUR JOSEPH KURUP
  25. N.46 NABAWAN – LAIJI OMPONGOH
  26. N.47 TELUPID – BENEDICT ASMAT
  27. N.48 SUGUT – MOHAMMAD ARIFIN PACHUK
  28. N.49 LABUK – YUSUF LATIF
  29. N.51 SG MANILA – ZAINI TIKSUN
  30. N.52 SG SIBUGA – DATUK SUHAIMI NASIR
  31. N.53 SEKONG – MOHD ZHARIF AIZAT DATUK SAMSUDDIN
  32. N.58 LAMAG – DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN
  33. N.59 SUKAU – DATUK JAFRY ARIFFIN
  34. N.60 TUNGKU SALEHA WAHID
  35. N.62 SILAM – SHARIF MUSA SHARIF MABUL
  36. N.63 KUNAK – DATUK SERI ANIL JEET SINGH
  37. N.66 BUGAYA – ABDUL MANAN INDANAN
  38. N.67 BALUNG – ERWAN PALATEH
  39. N.68 APAS – DR ELMIARIEZAN ARDAN
  40. N.71 TG BATU – SAMASUDDIN YUSOP
  41. N.73 SEBATIK – ASLAN FADLI SAMSUL ALANG

— Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan