Tuesday, July 21, 2026

PKR letak 10 calon hadapi PRN Sabah – Anwar

Kesemua calon yang ditampilkan mempunyai latar dan pengalaman yang berbeza tetapi mereka disatukan oleh tekad dan mengembalikan politik nilai kepada rakyat. 

Mesti Baca

PAKATAN Harapan (PH) mempertaruhkan 10 calon mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang akan diadakan pada 29 November ini.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua 10 calon yang ditampilkan mempunyai latar dan pengalaman yang berbeza.

Bagaimanapun Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, walaupun begitu mereka disatukan oleh tekad dan mengembalikan politik nilai kepada rakyat. 

“Insya-Allah, ia akan menyemarak semangat perjuangan rakyat dan memperkukuh kepemimpinan yang berpihak pada harapan dan kepentingan anak negeri,” katanya malam ini.

Sehubungan itu, Anwar mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PKR yang akan bertanding dalam PRN Sabah kali ini.

“Kita akan pastikan cita ini diterjemah ke arah memartabatkan hak dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Sebelum ini, PH telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN kali ini.

Berikut 10 calon PKR yang akan bertanding atas tiket PH dalam PRN Sabah Ke-17:

  1. N18 Inanam – Peto Galim
  2. N44 Tulid – Datin Rufinah Pengeran
  3. N23 Petagas – Awang Husaini Sahari
  4. N61 Segama – Romansa Lamin
  5. N50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping
  6. N20 Api-Api – Thonny Chee
  7. N72 Merotai – Datuk Ruji Ubi
  8. N42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
  9. N35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Tun Musa
  10. N54 Karamunting – George Hiew

— Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan