Thursday, July 23, 2026

Aerotrain kerap terganggu, APAD diarah siasat MAHB

Mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000 bagi setiap kesalahan.

Mesti Baca

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarah untuk menjalankan siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan sering berlaku gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Arahan dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kepada MAHB selaku pengendali perkhidmatan tren tersebut.

Loke berkata, pihaknya memahami sekiranya pada peringkat awal Aeortrain memerlukan masa bagi menyesuaikan diri.

“Namun begitu, memandangkan perkhidmatan Aerotrain telah beroperasi selama beberapa bulan, Kementerian melalui APAD akan mengambil tindakan tegas terhadap MAHB bagi setiap insiden gangguan perkhidmatan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, lesen pengendali yang dikeluarkan kepada MAHB menetapkan bahawa syarikat tersebut wajib memastikan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan kepada pengguna.

Katanya, mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000 bagi setiap kesalahan.

Perkhidmatan tren tanpa penumpang  baharu yang menggantikan tren lama, mula beroperasi sejak 1 Julai lalu dan mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, ia hanya mampu bertahan beberapa bulan apabila perkhidmatan itu dilapor sering terganggu sejak akhir-akhir ini sehingga menjejaskan keselesaan penumpang. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan