KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dalam mod bersiap siaga menghadapi kemungkinan bencana alam khususnya banjir menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025.
Untuk itu, KPM berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2025 berjalan lancar.
Antara agensi berkenaan ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan agensi lain yang berkaitan.
“KPM cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam khususnya banjir menjelang peperiksaan SPM tahun 2025,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, calon peperiksaan SPM tahun 2025 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya terlibat dan terkesan dengan bencana alam.
Katanya, calon juga boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan dan JPN di seluruh negara.
“KPM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan komited dengan langkah persediaan serta operasi standard yang sewajarnya bagi memastikan peperiksaan SPM tahun 2025 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur.
“KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya.
Berikut senarai nombor bilik gerakan Lembaga Peperiksaan dan negeri-negeri:
- Lembaga Peperiksaan (03-8889 3520 / 03-8889 3551 / 03-8889 3601)
- Perlis (04-973 7632 / 04-973 7631)
- Kedah (04-740 4237 / 04-740 4235 / 04-740 4247)
- Pulau Pinang (04-263 1472)
- Perak (05-501 5170 / 05-501 5177 / 05-501 5264)
- Selangor (03-5518 6112)
- Negeri Sembilan (06-765 3347)
- Melaka (06-232 6467 / 06-232 3780)
- Johor (07-231 0049 / 07-231 0050 / 07-231 0051)
- Pahang (09-571 5736)
- Terengganu (09-621 3030)
- Kelantan (09-744 1411)
- Sabah (013-874 4187 / 010-955 6458)
- Sarawak (082-473 527 / 082-473 519 / 082-473 534)
- WP Labuan (087-468 6230)
- WP Putrajaya (03-8889 0083)
- WP Kuala Lumpur (03-6204 6180) — Edisi 9

