Thursday, June 4, 2026

PRN Sabah: BN diharap terus beri ruang kepada calon muda

Pemuda UMNO menegaskan komitmen untuk memastikan isu-isu anak muda Sabah diberi keutamaan dalam manifesto BN.

Mesti Baca

PEMUDA UMNO mahukan agar calon-calon muda terus diberi ruang dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (Sabah) Ke-17, bulan depan.

Perkara itu ditegaskan pergerakan tersebut dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang dipengerusikan Ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh malam tadi.

“Pemuda UMNO juga menekankan agar calon-calon muda terus diberikan ruang dalam senarai BN sebagai tanda kepercayaan kepada tenaga baharu dan kesinambungan kepimpinan,” kata kenyataan Pemuda UMNO hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan hari mengundi bagi PRN Sabah Ke-17 dijalankan pada 29 November.

Manakala penamaan calon ditetapkan pada 15 November sementara undian awal pada 25 November.

Untuk rekod, DUN Sabah menpunyai 73 kerusi untuk dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.

Sementara itu, Pemuda UMNO berkata, pihaknya telah mengaktifkan Pelan Kesiapsiagaan Pemuda BM Sabah sepenuhnya menjelang PRN tersebut.

“Pemuda UMNO menegaskan komitmen untuk memastikan isu-isu anak muda Sabah diberi keutamaan dalam manifesto BN, termasuk peluang pekerjaan, kemahiran TVET, pemilikan rumah mampu milik dan pembangunan luar bandar berimpak tinggi,” katanya.

Pemuda UMNO menegaskan, gerakan Pemuda di seluruh negara akan turun padang membantu jentera BN Sabah melalui pendekatan komunikasi digital, kempen media sosial dan program lapangan bagi mendekati pengundi muda di semua zon.

“Bagi Pemuda UMNO, PRN Sabah bukan sekadar pertarungan politik tetapi perjuangan untuk “Bikin Balik Sabah” bagi membina semula keyakinan rakyat kepada kerajaan yang stabil, berpengalaman dan berpaksikan rakyat,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan