SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 tahun ini, Molfix sekali lagi meraikan detik kelahiran baharu melalui inisiatif tahunan Bayi Merdeka dengan kerjasama MommyDaddy&i.
Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kempen tersebut memberi penghormatan kepada bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos dengan pemberian set hadiah bayi Molfix khas di hospital-hospital terpilih sekitar Lembah Klang.
Molfix berkata, tahun ini pihaknya bekerjasama dengan Hospital Tunku Azizah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Serdang, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Hospital Ohana serta Hospital Pusrawi untuk berkongsi keceriaan Merdeka bersama ibu bapa dan bayi mereka.
“Inisiatif Bayi Merdeka ini adalah tanda penghargaan terhadap keluarga yang menyambut ahli baharu pada Hari Kemerdekaan Malaysia, melambangkan kegembiraan, kebanggaan dan perpaduan yang diwakili oleh hari istimewa ini,” kata Molfix dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, sejak memasuki pasaran Malaysia, Molfix telah mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa kerana lampin berkualiti tinggi yang memberikan keselesaan, kekeringan, dan penjagaan terbaik untuk bayi.
Komitmen jenama itu terhadap kecemerlangan telah meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Lampin Inovatif Terbaik, Tape Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik di Parents’ Choice Awards serta Tape Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik di BabyTalk Mama Papa Awards.
“Molfix berbesar hati untuk meneruskan tradisi ini buat tahun ketiga, meraikan semangat Merdeka bersama keluarga dan berkongsi kegembiraan mereka.
“Kelahiran seorang anak adalah detik yang penuh makna, dan kelahiran pada Hari Merdeka menjadikannya lebih istimewa,”katanya.

