Thursday, July 23, 2026

Pemandu pandu bas secara berbahaya, permit syarikat digantung

Syarikat itu gagal mematuhi beberapa peruntukan penting di bawah Akta 715 termasuk aspek kelakuan pemandu, keutamaan keselamatan dan etika perkhidmatan.

Mesti Baca

GARA-GARA pemandu bas ekspres didakwa memandu secara berbahaya dan laju di lorong kanan hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya, syarikat Star Mart Ekspress Sdn Bhd menerima padah.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hari ini bertindak menggantung lesen pengendali syarikat itu selama 30 hari bermula 3 Julai hingga 1 Ogos selain membatalkan permit kenderaan bagi bas bernombor pendaftaran ALA 6666 yang terbabit dalam insiden tular baru-baru ini.

Menurut APAD, siasatan mendapati syarikat itu gagal mematuhi beberapa peruntukan penting di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), termasuk aspek kelakuan pemandu, keutamaan keselamatan dan etika perkhidmatan.

“Pihak pengendali tidak dibenarkan menjalankan sebarang operasi sepanjang tempoh penggantungan.

“Sebarang urusan berkaitan lesen pun tak akan diproses selagi penggantungan masih berkuat kuasa,” kata agensi itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Permit bas ALA 6666 pula akan dibatalkan sepenuhnya bermula 7 Ogos 2025.

Tegas APAD, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat pengangkutan awam yang cuai dan gagal menjaga keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya.

“Langgar syarat, kita gantung. Tak ikut undang-undang, lesen kena batal,” tegasnya.

Orang ramai yang ada maklumat atau mahu lapor salah laku pengangkutan awam digalakkan menghubungi Talian Aduan MOT di 1-800-88-7723 atau WhatsApp +6019-290 7723.

Sebelum ini tular rakaman video sebuah bas yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara Selatan hanya beberapa hari selepas kemalangan maut membabitkan bas di Grik yang mengorbankan 13 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan