Thursday, June 4, 2026

Imigresen ‘serbu’ Kompleks Pertama, tahan 143 PATI

Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Bangladesh, India, Myanmar, Syria, Nepal, Afghanistan dan China yang berumur di antara 22 hingga 48 tahun.

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) hari ini menyerbu Kompleks Pertama di ibu negara dan menahan 143 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Operasi bermula pada 2.30 petang itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha bersama 106 pegawai pelbagai pangkat dari ibu pejabat Imigresen Putrajaya.

JIM dalam satu kenyataan berkata, seramai 964 individu telah diperiksa dan hasil pemeriksaan tersebut seramai 143 PATI ditahan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Bangladesh, India, Myanmar, Syria, Nepal, Afghanistan dan China yang berumur di antara 22 hingga 48 tahun.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat Pas serta menggunakan kad pengenalan yang tidak diiktiraf.

“Kesemua PATI telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JIM berkata, jabatan itu akan terus melaksanakan operasi secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang imigresen negara ini.

Sehubungan itu, pihak majikan diingatkan agar tidak menggaji, melindungi atau menyembunyikan PATI kerana tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran PATI diminta untuk tampil membantu dengan menyalurkan maklumat melalui e-mel [email protected]. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan