Friday, June 5, 2026

‘Port’ pelacuran dalam talian diserbu, 12 wanita asing ditahan

Mereka menawarkan perkhidmatan pelacuran wanita warga asing dengan mengiklankan perkhidmatan melalui aplikasi media sosial untuk mendapatkan pelanggan.

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 16 individu termasuk 12 wanita warga asing yang dijadikan pelacur dalam dua serbuan di Pandan Perdana dan Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JIM, Ismail Mokhtar berkata, wanita asing yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Vietnam, empat Indonesia dan seorang warga Laos.

Beliau berkata, dalam operasi bermula 7.15 petang itu turut ditahan dua lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penjaga premis serta dula lelaki warga Vietnam.

“Kesemua yang ditahan berusia di antara 19 hingga 61 tahun. Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 16 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, semakan awal mendapati satu wanita warga Vietnam dan satu warga Laos memiliki Pas Lawatan (Sosial) yang masih sah laku manakala dua lelaki warganegara Vietnam telah tinggal lebih masa.

Manakala warganegara asing yang lain, katanya, tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

Beliau berkata, pasukan operasi turut menyita 19 unit telefon bimbit, lima naskhah pasport Vietnam, satu naskhah pasport Laos, buku rekod kerja dan buku urusniaga.

“Modus operandi yang digunakan adalah menawarkan perkhidmatan pelacuran wanita warga asing dengan mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan melalui aplikasi media sosial untuk mendapatkan pelanggan.

“Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan adalah sebanyak RM250 hingga RM1,200 untuk sekali perkhidmatan seks dan transaksi bayaran secara tunai atau dalam talian,” katanya.

Ismail berkata, kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dua wanita warganegara Laos dan satu wanita warganegara Vietnam telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan