Wednesday, July 22, 2026

UMNO tak kisah hilang sokongan kerana pertahan Melayu, Islam

UMNO tidak akan berkompromi apabila melibatkan agama, bangsa dan Raja-raja Melayu dan itulah yang membezakan UMNO dengan parti-parti lain.

Mesti Baca

“JIKA mempertahankan Islam dan Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan menyebabkan kamu tidak mahu menyokong UMNO, silakan kami pun tidak kisah!”

Demikian ditegaskan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh hari ini.

Beliau berkata,  UMNO tidak akan berkompromi apabila melibatkan agama, bangsa dan Raja-raja Melayu dan itulah yang membezakan UMNO dengan parti-parti lain.

“Bukan seperti pemikiran kamu yang hanya menunggang untuk meraih undi. Bagi kami, tiada kompromi mengenai agama,bangsa dan raja-raja Melayu waima dengan siapa pon kami berkawan.

“Ini negara yang agama persekutuannya adalah agama Islam dan hak-hak orang Melayu termaktub di dalam perlembagaannya, maka tolong hormat perkara tersebut sebelum mahu kami hormat kamu,” tegas beliau menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Dr Akmal membidas kenyataan Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), Dr P. Ramasamy yang mendakwa agenda agama dan kaum yang dibawa oleh UMNO menjadi punca sokongan terhadap MCA dan MIC merosot.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dilapor berkata, partinya telah dilukai berulang kali sehingga perlu memikirkan hala tuju sendiri.

Sin Woon berkata, MCA sudah memberi masa dua tahun tetapi BN masih tidak menetapkan hala tuju yang jelas, satu keadaan yang mendorong MCA mempertimbangkan jalan yang ada di depan.

Ekoran itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa MCA tidak menyalahkan Barisan Nasional (BN) ekoran kemerosotan sokongan orang Cina terhadap parti itu sejak beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Sebaliknya beliau berkata, MCA perlu bertanyakan diri sendiri punca kemerosotan yang dialami termasuk hanya memenangi dua kerusi dalam Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) lalu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan