25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

TNB, Maevi tawar produk rumah pintar kepada pelanggan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperluaskan integrasi inovasi teknologi digital dan Internet of Things (IOT) bagi kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Untuk itu, TNB menerusi syarikat, Maevi Sdn Bhd (Maevi) menawarkan produk rumah pintar dalam usaha menyokong rancangan digitalisasi kerajaan.

Pengarah Projek, Advanced Metering Infrastructure (AMI) TNB, Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, produk tersebut sebagai langkah memperkenalkan teknologi yang saling melengkapi.

Menurutnya, ini sekali gus dapat mewujudkan masa depan yang lebih lestari serta cekap tenaga bagi meningkatkan daya harap dan ketahanan sistem bekalan negara.

“TNB terus berinovasi untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan, dan dengan pemasangan meter pintar serta penambahbaikan aplikasi myTNB, kami berhasrat untuk memperkasa kehidupan pelanggan selain menawarkan kemudahan, ketelusan dan kawalan yang jauh lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Maevi, Izham Ismail berkata, pihaknya membangunkan produk dan penyelesaian IOT yang bukan sahaja terhad kepada pengurusan dan pengoptimuman tenaga.

Advertisements

Malah menurut beliau, IOT itu dapat memperkasa pelanggan untuk merancang penggunaan elektrik dengan cekap.

“Peranti rumah pintar Maevi melengkapi manfaat meter pintar memandangkan ia menambah ciri pemantauan tenaga jarak jauh kepada automasi dan keselamatan kediaman, sekaligus menjadikan setiap rumah lebih pintar,” katanya.

Sebelum itu, TNB telah mencapai pemasangan meter pintar ke sejutanya yang melibatkan pelanggan di Melaka dan Lembah Klang.

Sehubungan itu, TNB serta Maevi telah meraikan pelanggan meter pintar kesejuta iaitu Tang Kwee Eng, sekali gus menghadiahkan produk rumah pintar Maevi bernilai RM2,000.

TNB berharap dapat meneruskan usaha ke arah usaha transformasi digital dengan pemasangan Meter Pintar di Lembah Klang untuk lebihan tahun 2021, dengan pelan perluasan ke kawasan lain di Malaysia dalam jangka masa terdekat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan