Tuesday, July 21, 2026

Tujuh pelajar terlibat buli disyor dibuang daripada MRSM

Mesti Baca

TUJUH orang pelajar yang disahkan terlibat dalam kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara tanah air disyorkan dibuang daripada sekolah tersebut.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada tujuh tersebut dua daripada mereka terlibat melakukan buli fizikal manakala lima lagi bersubahat.

“Keputusan kes buli MRSM Jawatankuasa Disiplin Maktab yang bersidang malam tadi, tujuh pelajar didapati terlibat, dua terlibat buli fizikal, lima subahat.

“Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian dari MRSM,” tegas beliau menerusi Facebook hari ini.

Semalam Asyraf Wajdi mengesahkan rakaman video tular yang menunjukkan dua pelajar memukul seorang rakan di atas katil berlaku di sebuah MRSM di utara tanah air.

Sehubungan itu beliau mengarahkan supaya satu siasatan terperinci dilakukan dan dalam proses tersebut, murid yang terlibat mestilah digantung sekolah terlebih dahulu.

Ini  agar tidak menganggu proses siasatan dan memberikan mesej yang jelas bahawa MARA tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

“Jika didapati perkara ini memang benar berlaku dan bersalah, pihak MARA dan MRSM tidak akan sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Malahan Asyraf Wajdi menegaskan, sejak hari pertama diberi amanah menjaga MARA, beliau berpegang prinsip “You Touch, You Go” terhadap isu buli.

Sementara itu, polis mengesahkan kejadian buli tersebut berlaku di sebuah MRSM di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Nibong Tebal.

Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah SPS, DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, kejadian terbabit berlaku pada pertengahan tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian membabitkan video tular itu berlaku pada pertengahan tahun lepas dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

“Namun, kejadian itu dipercayai berlaku akibat ejek-mengejek antara mereka dan setakat ini tiada laporan polis dibuat sehinggalah ia tular hari ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan