Wednesday, July 22, 2026

Sah! Kejadian buli di MRSM, pelajar terlibat digantung – Asyraf

Tiada ruang untuk pembuli dan tiada toleransi terhadap mana-mana pihak yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM

Mesti Baca

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan video tular yang dipercayai kejadian buli berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara tanah air.

Beliau berkata, laporan mengenai kejadian tersebut telah beliau terima dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku jika didapati bersalah.

Tegas Asyraf Wajdi, MARA memandang serius insiden tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan buli, tidak kira siapa pelakunya.

“Saya telah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci dilakukan dan dalam proses ini, murid yang terlibat mestilah digantung sekolah terlebih dahulu agar tidak menganggu proses siasatan dan memberikan mesej yang jelas bahawa tidak akan berkompromi dalam isu ini.

“Jika didapati perkara ini memang benar berlaku dan bersalah, pihak MARA dan MRSM tidak akan sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan diambil,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, tiada ruang untuk pembuli dan tiada toleransi terhadap mana-mana pihak yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM,

Ini kerana, jelas beliau, institusi tersebut sepatutnya menjadi medan melahirkan pemimpin masa hadapan negara dan bukannya membudayakan perilaku buli.

“Saya bagi jaminan bahawa sebarang salah laku buli tidak akan ditutup malah akan diambil tindakan paling tegas dan keras agar menjadi pengajaran buat semua pelajar.

“Saya ingatkan sekali lagi pembuli dan apa jua bentuk budaya buli tiada tempat di mana-mana institusi pendidikan MARA termasuk MRSM,” katanya.

Sebelum itu tular di media sosial video berdurasi seminit 31 saat yang memaparkan aksi seorang murid dibuli oleh beberapa rakan yang lain.

Murid lelaki terbabit dalam keadaan terbaring di atas katil dilihat telah dilibas dengan tali pinggang selain dihenyak di bahagian badan beberapa kali. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan