Thursday, June 4, 2026

Lesen Borneovac Travel dibatal, Hejira Travel & Tours digantung

Mesti Baca

LESEN syarikat Borneovac Travel Sdn Bhd 201701035052 (1249223–K) dengan nombor lesen 9402 dibatalkan berkuat kuasa 28 Februari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, pembatalan lesen syarikat terbabit dibuat selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu menerusi kenyataan berasingan, MOTAC berkata, pihaknya telah menggantung lesen syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd 202201041341(1487038-K) (No. Lesen : MOTAC L/N/10723) berkuat kuasa 28 Februari sehingga 31 Ogos 2025.

Menurut Pesuruhjaya Pelancongan, sepanjang tempoh penggantungan lesen, syarikat terbabit dikehendaki menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah atau dibayar dan tidak membuat sebarang urus niaga baharu termasuklah tidak membuat pengiklanan jualan pakej.

Syarikat tersebut juga diminta dengan serta-merta memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang telah diambil daripada jemaah yang memilih untuk membatalkan tempahan.

September tahun lalu, MOTAC telah menggantung lesen Borneovac Travel kerana disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan manusia di Sabah.

Manakala Hejira Travel & Tours pula didakwa telah menjalankan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian lebih RM2.94 juta pada Januari lalu. _ Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan