Wednesday, July 22, 2026

Felda perhalusi semua inisiatif, perinci pelan tindakan hala tuju

Pendekatan inklusif ini akan memastikan setiap dasar yang dirangka bakal memberi ledakan kebaikan yang memberikan perubahan yang signifikan

Mesti Baca

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan memperhalusi semua inisiatif yang mampu membawa lonjakan besar sebagai pemangkin pembangunan ekonomi luar bandar khususnya dalam sektor perladangan dan pembangunan komuniti.

Untuk itu, Felda akan segera memperincikan pelan tindakan berdasarkan data dan kajian sedia ada serta mengambil input daripada kepimpinan dalaman, kepimpinan negara, pakar sektor perladangan, pakar ekonomi dan pihak yang berkepentingan.

“Pendekatan inklusif ini akan memastikan setiap dasar yang dirangka bakal memberi ledakan kebaikan yang memberikan perubahan yang signifikan,” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Semalam, ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Menara Felda, Anwar memberi tempoh sebulan kepada pengurusan Felda untuk mengemukakan pelan tindakan baharu bagi menentukan hala tuju badan berkenaan agar lebih berdaya saing.

Perdana Menteri berkata, Felda tidak boleh kekal dalam bentuk dan kaedah hala tuju sedia ada, sebaliknya ia perlu diubah bagi memastikan agensi itu mampu terus kekal dan memperoleh keuntungan pada masa depan.

Felda berkata, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memperkasa peneroka dan komuniti, agensi itu sedang merangka hala tuju baharu yang bakal memberi impak bukan sahaja kepada warga peneroka, tetapi juga kepada negara. 

“Hala tuju ini akan dikemukakan dalam tempoh sebulan seperti yang diminta oleh Perdana Menteri, dengan matlamat untuk memastikan kebolehupayaan FELDA dalam menghadapi cabaran masa depan serta memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju sektor agribisnes negara,” kata Felda.

Katanya, Felda yakin dengan sokongan padu daripada Kerajaan Madani serta kolaborasi erat antara pihak berkepentingan, agensi itu mampu merealisasikan visi untuk memperkasakan peneroka dan terus memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan sosial negara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan