Friday, June 5, 2026

Tengku Zafrul batal hasrat tinggalkan UMNO?

Setelah dinasihatkan oleh Ahmad Zahid agar tidak perlu tergesa-gesa memandangkan beliau adalah menteri Kabinet, Ketua UMNO Bahagian dan Ahli MKT yang menang dalam pemilihan.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dikatakan membatalkan hasrat untuk meninggalkan parti itu setelah mendapat nasihat daripada Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara tersebut dinyatakan Ahmad Zahid dan mengesahkan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri itu ada bertemu beliau minggu lalu bagi menyampaikan hasrat tersebut.

“Saya telah beri pandangan parti bahawa beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang. Beliau ialah Menteri MITI, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan beliau juga Ahli MKT yang dipilih dan menang, jadi tidak perlu tergesa-gesa.

“Beliau (Tengku Zafrul) telah bersetuju dengan nasihat saya,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Tengku Zafrul sebelum ini disebut-sebut bakal meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membolehkannya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Gombak didakwa akan dilantik sebagai menteri Kabinet manakala satu pilihan raya kecil bakal diadakan bagi membolehkan Tengku Zafrul bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khabar angin tersebut bertiup kencang susulan Tengku Zafrul dilihat akrab dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sering mengiringi Perdana Menteri itu dalam lawatan ke luar negara.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raka itu dikatakan mempunyai hubungan baik dengan pihak Istana Selangor, khususnya dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali gus melancarkan ‘perjalanan’ beliau untuk menerajui negeri ini.

Tengku Zafrul itu sebelum ini pernah melepaskan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor kerana dikatakan tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti negeri itu.

Beliau aktif dalam politik setelah dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 2020.

Tengku Zafrul sebelum ini merupakan tokoh perbankan kerana penglibatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan