Thursday, July 23, 2026

Penempatan haram diserbu, 96 PATI ditahan di Kajang

Operasi dijalankan pada pukul 1.40 pagi selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan PATI yang tinggal tanpa dokumen sah.

Mesti Baca

SERAMAI 96 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas menyerbu penempatan haram mereka di Kajang, Selangor awal pagi ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan pada pukul 1.40 pagi selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan PATI yang tinggal tanpa dokumen sah.

Beliau berkata, seramai 116 pegawai dari pelbagai bahagian Ibu Pejabat JIM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam serbuan tersebut. 

“Seramai 135 orang warga asing telah diperiksa, dan hasilnya, 96 orang PATI yang terdiri daripada warganegara Bangladesh, Myanmar dan Indonesia telah ditahan.

“Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen KLIA untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) termasuk pihak yang menggaji atau melindungi PATI. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan