Friday, June 5, 2026

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia, rebah di Pulau Pinang

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas dikatakan rebah ketika menghadiri perlawanan bola sepak di Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu hantaran di Facebooknya malam ini.

“Mendapat khabar duka akan pemergian sahabat saya, YB Tuan Haji Ishsam Shahruddin, ADUN Ayer Kuning lewat petang tadi.

“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” katanya. 

Sementara itu, kepimpinan BN menerusi Facebooknya menyampaikan salam takziah kepada keluarga Ishsam.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya,” kata kenyataan BN malam ini.

Ishsam dilapor rebah sewaktu menghadiri Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru antara Pulau Pinang, Perlis, Kedah, dan Perak yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, di Georgetown.

Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak di era 1980-an dan 1990-an.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022, Ishsam yabg mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru. – Edisi 9 

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan