Tuesday, July 21, 2026

Suruhanjaya Koperasi bayar cukai lebih RM55 juta kepada LHDN

Mesti Baca

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) membuat pembayaran cukai sebanyak RM55,223,461.56 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini.

SKM berkata, pembayaran cukai itu melibatkan empat Kumpulan Wang SKM meliputi Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan wang Amanah Pembangunan Koperasi, Kumpulan Wang Likuiditi Pusat dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi.

“Pembayaran itu merupakan satu tanggungjawab SKM sebagai badan Kerajaan yang melaksanakan pembayaran cukai kepada kerajaan,” kata SKM dalam kenyataan hari ini.

Penyerahan cek bayaran cukai itu dilakukan oleh Ketua Pengarah Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Shaharuddy Othman di Parlimen hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Hadir sama Pengerusi SKM, Datuk Ahmad Norihan Jalal dan Pengarah Negeri LHDNM Wilayah Persekutuan, Datuk Azhar Husin. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan