Sunday, July 19, 2026

Lelaki ditahan bersama syabu bernilai RM10 juta dalam kenderaan

Mesti Baca

SEORANG lelaki tempatan ditahan bersama 315 kilogram (kg) syabu bernilai RM10 juta yang  disembunyikan dalam kenderaan yang dipandu di sekitar Kajang baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, jumlah dadah yang dirampas tersebut dianggarkan boleh digunakan oleh lebih 1.58 juta penagih.

Beliau berkata, lelaki berusia 25 tahun yang ditahan berperanan sebagai penghantar dadah dengan upah sebanyak RM10,000.

“Modus operandi sindiket dadah tersebut adalah menjadikan kenderaan sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada penagih dan pengguna dadah di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor hari ini.

Hadir bersama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Datuk Zainudin Ahmad.

Kok Chin berkata, semakan rekod jenayah lampau  mendapati saspek mempunyai lima rekod kesalahan dadah dan satu rekod kes jenayah.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan saspek telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan