33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Boleh makan di restoran mulai esok, baki sektor peruncitan dibuka

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine in atau makan di kedai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan kebenaran itu diberikan bermula pada 10 Februari dengan jumlah dua orang semeja.

Selain itu, penjarakan satu meter juga dikenakan kepada pengunjung yang makan di kedai atau restoran.

Ismail Sabri juga memaklumkan, MKN juga bersetuju membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada para peniaga kecil.

Antara sektor tersebut ialah kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai Kasut, kedai barang, fotografi/ perkhidmatan fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga dan nurseri dan kedai-kedai lain yang berkaitan.

Bagaimanapun kata Ismail Sabri, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan 3 kali sehari dalam tempoh operasi.

Advertisements

”Mewajibkan pekerja dan pelanggan memakai pelitup muka (face mask) semasa berada di dalam premis, pelanggan dengan suhu 37.5oC dan ke atas tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam premis,” katanya.

Turut perlu dipatuhi ialah menyediakan hand sanitizer di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk ke premis, memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis, memastikan kehadiran pekerja dan pelanggan direkodkan secara manual atau aplikasi MySejahtera.

Mengenai aplikasi item,beliau memberitahu, sidang khas juga turut bersetuju untuk mewajibkan penggunaan aplikasi My Sejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

”Hal ini kerana didapati bahawa pelanggan tidak mencatatkan nama dan nombor telefon yang betul dan ia menyukarkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif COVID-19 di premis-premis terlibat.

”Arahan ini adalah berkuatkuasa serta merta. Bagaimanapun, pengecualian diberikan bagi kawasan- kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman,” katanya.

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan