28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Petugas hadapan terima sumbangan 2,000 pelindung muka

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SERDANG – Para petugas hadapan (frontliner) Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) MAEPS 2.0 di sini menerima sumbangan 2,000 set pelindung muka, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Sukarelawan Hospital Sungai Buloh bersama-sama Alumni Sekolah Seri Puteri bagi kegunaan para petugas di pusat tersebut.

Pelindung muka yang dihasilkan sendiri oleh sukarelawan terbabit diserahkan oleh Pengerusi Sukarelawan Hospital Sungai Bulih, Datin Seri Siti Zubedah Hazabullah kepada Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim.

Turut hadir menghulurkan sumbangan hari ini ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim berupa majalah.

Advertisements

PKRC MAEPS 2.0 mengalu-alukan dan sangat menghargai sumbangan daripada pelbagai pihak, memetik laporan Jabatan Penerangan Negeri Selangor.

Wakil Majlis Pelancongan Malaysia menyampaikan sumbangan majalah untuk kegunaan para petugas dan pesakit PKRC MAEPS 2.0. – Foto JPNS

Mereka yang mahu menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Urus Setia Jawatankuasa Kebajikan, En Karl di talian 017-2931959 sehari sebelum penghantaran dibuat.

Ini bagi memastikan setiap sumbangan dapat memenuhi keperluan petugas mahupun pesakit yang dirawat di pusat berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan