Tuesday, July 21, 2026

KPM laksana pebagai inisiatif reformasikan pendidikan negara

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.

Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

“Kelas prasekolah akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan KPM,” kata kenyataan itu hari ini.

KPM berkata, peluasan kelas prasekolah memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari peringkat awal.

Tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru.

“Pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan,” katanya.

Terkini, kata kenyataan itu, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.

“KPM komited memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya. Ia adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya.

Beberapa hari lalu, dalam laporan baharu Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.

Walaupun perbelanjaan yang besar diperuntukkan dalam pendidikan iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negar Kasar (KDNK) namun pembelajaran pelajar masih ketinggalan berbanding jangkaan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan