25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Manfaat Ordinan Darurat arah bank beri moratorium automatik pada rakyat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak supaya memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 sebagaimana yang telah dimasyhurkan untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratarium secara automatik kepada kumpulan tertentu tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semasa membuat desakan itu mempersoalkan langkah proklamasi darurat oleh kerajaan jika ia tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

“Apa guna Ordinan Darurat jika pihak-pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat?,” kata Asyraf Wajdi dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerima terlalu banyak aduan dan maklum balas orang ramai yang mengadu bank-bank dan institusi kewangan tetap mengenakan caj tambahan, keutungan terakru ke atas bayaran ansuran setelah moratorium diberikan. 

Advertisements

Soal beliau, di mana jaminan Menteri Kewangan pada bulan Mei lalu yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiada caj tambahan dikenakan setelah berunding dengan industri bank.

“Malah banyak juga aduan yang menzahirkan bahawa moratorium yang ditawarkan oleh bank-bank kali ini bukanlah penangguhan pembayaran balik tanpa caj tambahan, tetapi seolah-olah seperti penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman (restructuring atau refinancing) dimana tempoh bayaran balik dipanjangkan dengan kadar pembiayaan yang lebih tinggi dikenakan.

“Ini bagaikan mengampil kesempatan dalam kesempitan rakyat!,”katanya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan