28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Cubaan seludup 1.74 tan daun ketum digagalkan TDM

Mesti Baca

CUBAAN menyeludup 1.74 tan daun ketum ke Thailand berjaya digagalkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM), di sempadan Malaysia – Thailand, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan tugas rondaan berkenderaan telah menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda pada jam 7.15 pagi.

“Kenderaan jenis Isuzu D-Max V-Cross Space Cab yang mencurigakan ditemui di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Advertisements

“Hasil siasatan mendapati 116 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan 1,740 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM52,200 berada dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Kenyataan itu berkata, kesemua bungkusan dan kenderaan dengan anggaran nilai keseluruhan RM150,200 kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan