30 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

KKM perjelas maksud pesakit ‘ditidurkan’

Mesti Baca

BERIKUTAN perkataan ‘ditidurkan‘ menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan penjelasan.

KKM berkata, tanggapan negatif dan buruk terhadap perkataan ‘ditidurkan’ hanyalah salah faham dan perlu dibetulkan agar maklumat tidak tepat dapat dibendung sepenuhnya.

Katanya, tanggapan bahawa kaedah intubasi atau ditidurkan adalah salah satu cara untuk mematikan pesakit dengan kaedah yang paling ‘selamat’ adalah satu mitos dan tidak benar.

“Fakta sebenarnya adalah ditidurkan (induced coma) ialah usaha paling optimal untuk menyelamatkan nyawa terutamanya apabila seseorang pesakit mengalami keadaan klinikal yang kritikal dan mengancam nyawa.

“Pesakit yang ditidurkan namun kemudian meninggal dunia bukanlah disebabkan proses ditidurkan tetapi disebabkan status kesihatan yang semakin kritikal dan kegagalan organ yang semakin merosot,” kata KKM dalam satu kenyataan.

KKM berkata, antara indikasi pesakit perlu ditidurkan adalah pesakit tidak boleh bernafas dengan sendiri.

Advertisements

“Selain itu, tahap oksigen yang rendah dalam darah, kemerosotan fungsi organ utama dan saluran pernafasan tersumbat.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung dakwaan mengenai ‘pesakit yang ditidurkan di hospital pasti akan meninggal dunia’.

Dakwaan itu menimbulkan polemik dan perbincangan dalam kalangan warganet sehingga ada yang mempersoalkan kaedah perubatan moden di hospital.  -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan