30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Rogol dua anak tiri, pengawal keselamatan direman tujuh hari

Mesti Baca

SEORANG lelaki disyaki menjadikan dua anak tirinya berusia 15 dan 13 tahun sebagai pemuas nafsu direman selama tujuh hari bermula Rabu.

Mahkamah membenarkan suspek berusia 27 tahun itu direman sehingga 16 Januari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 376(3) Kanun Kesesakan kerana merogol.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek ditahan selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh isterinya di Balai Polis Batang Melaka pada malam Selasa.

Menurutnya, penderitaan dialami dua beradik itu terbongkar selepas kedua-dua mangsa menceritakan hal itu kepada nenek mereka apabila warga emas terbabit bertanyakan hubungan dengan suspek.

Katanya, ibu mangsa berusia 39 dan bekerja sebagai peniaga makanan telah dimaklumkan perkara itu sebelum bertanyakan kepada suspek, namun lelaki itu tidak mengaku.

Advertisements

“Kedua-dua mangsa memberitahu telah dirogol suspek sejak bersekolah rendah dan ia berlaku semasa ibu mereka keluar berniaga antara jam 5.30 petang hingga jam 10.30 malam.

“Mangsa merahsiakan perkara berkenaan daripada pengetahuan sesiapa kerana takut ibu mereka tidak mempercayai perbuatan suspek sebelum akhirnya menceritakan hal sebenar kepada nenek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa berusia 15 tahun itu memberitahu suspek telah merogolnya sebanyak empat kali pada hari berbeza dan sering diraba semasa masih bersekolah rendah.

“Manakala mangsa berusia 13 tahun dipercayai telah dirogol suspek pada 2 Januari lalu lebih kurang jam 9 malam ketika suspek menyuruh mangsa masuk ke dalam bilik dan merabanya sebelum merogol.

“Sepasukan polis telah menahan suspek di tempat kerjanya di pos pengawal keselamatan sebuah hospital kira-kira jam 11 malam Selasa,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan