27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

147 UMNO Bahagian tolak kerjasama bersama Bersatu

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak 147 daripada 189 Bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, UMNO Pusat, jelas beliau, sedang mengumpul kesemua usul yang dibangkitkan untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok.

Menurut yang dipetik Astro Awani, kesemua 189 mesyuarat UMNO Bahagian sudah menyelesaikan mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari lalu yang menyaksikan 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama berkenaan.

Advertisements

“Usul-usul peringkat bawah ini masih lagi dihantar kepada kita. Kesemuanya ada 756 mesyuarat,” katanya dalam sidang media sejurus berakhir pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dalam satu sidang media berasingan menegaskan, UMNO Kelantan turut mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Kata Ahmad Jazlan, keputusan itu dibuat atas dasar prinsip mempertahankan UMNO daripada dibuli oleh Bersatu.

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan