26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Melayu Islam tertekan hanya retorik politik kosong – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan bahawa orang Melayu dan Islam di negara ini tertekan serta tercabar hanyalah retorik politik kosong.

Jelas Perdana Menteri, ini terbukti apabila lebih 80 peratus kegiatan di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memberi manfaat langsung kepada orang Melayu dan Bumiputera.

“Saya zahirkan penghargaan pada KKDW yang terus memantau rapat perkembangan usahawan desa yang rata-ratanya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

“Meskipun ada pihak yang berbicara kononnya orang Melayu tertekan, Islam tercabar, namun hakikatnya itu hanyalah retorik politik kosong,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu Anwar hari ini merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya yang mendapat sambutan luar biasa apabila menerima lebih 600,000 pengunjung sejak Rabu lalu.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada ketua-ketua kampung dan perumahan kos rumah untuk memilih dan menjalankan sendiri projek-projek ekonomi setempat sama ada tanaman sayur, kraftangan dan sebagainya.

“Sekiranya inisiatif ini menunjukkan perkembangan positif dan berjaya mengangkat tahap ekonomi penduduk, saya sedia menambah peruntukan RM2 bilion sebelum akhir tahun depan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan