28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Polis buru lelaki kencing tepi tiang parkir kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS memburu seorang lelaki yang berkelakuan biadap dengan membuang air kecil di tepi tiang tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, video berdurasi 50 saat perbuatan lelaki berkenaan tersebar di media sosial, pada Ahad lalu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 16 November lalu melibatkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek berwarna kelabu di sebuah pasaraya di Subang Jaya.

“Di dalam rakaman video tersebut terdapat perbualan di antara perakam dengan suspek yang mengatakan terdapat tandas dan suspek hanya menjawab minta maaf dan terus beredar menaiki kereta jenis Mazda.

Advertisements

“Kes diklasifikasikan sebagai kelakuan aib di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336),”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, suspek telah dikenal pasti dan masih dikesan bagi membantu siasatan.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam.

“Sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian, orang ramai diminta tampil memberikan kerjasama melalui Pusat Kawalan Daerah Subang di nombor 03-78627100 atau pegawai penyiasat Inspektor Norhishamuddin Hamdan di nombor 010-2494819,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan