28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Caj tambahan: Institut memandu perlu persetujuan calon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INSTITUT memandu yang mengenakan caj tambahan atau di luar daripada elemen kos yang telah ditetapkan di bawah harga siling perlu mendapatkan persetujuan calon terlebih dahulu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak institut memandu juga perlu menyatakan secara terperinci setiap elemen kos tambahan yang dikenakan kepada calon.

Ujar beliau, langkah itu perlu bagi mengelakkan sebarang permasalahan timbul di antara kedua belah pihak.

“Elemen kos tambahan sebegini yang kebiasaannya menjadikan harga bayaran terkumpul yang perlu dibayar calon adalah melebihi daripada harga had siling.

“Namun, calon atau orang ramai adalah bebas sama ada memilih untuk melanggan dan mendapatkan perkhidmatan tambahan berkenaan atau sebaliknya,” katanya menerusi jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd. Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) mengenai caj-caj tidak munasabah kepada pemohon baharu yang memohon lesen memandu.

Advertisements

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melaksanakan pemantauan melalui naziran dan Operasi Khas Institut Memandu (OKIM) ke atas institut memandu di seluruh negara.

Katanya, ia bagi memantau semua aspek pengoperasian oleh institut memandu termasuk aspek kawalan ke atas kadar yuran yang dikenakan mereka.

“JPJ akan mengambil tindakan ke atas mana-mana institut memandu yang gagal mematuhi kadar siling yang ditetapkan.

“Kerjasama orang ramai adalah diperlukan bagi membuat aduan di mana-mana pejabat JPJ sekiranya mereka dikenakan bayaran yang tinggi oleh institut memandu melebihi had siling.

“Atau bagi elemen melibatkan perkhidmatan tambahan, telah dikenakan tanpa sebarang persetujuan awal oleh calon,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan