26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Razarudin bantu mangsa kemalangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menunjukkan teladan yang baik apabila menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dekat Taman Connought, petang semalam.

Menurut perkongsian Friends of PDRM, ketika kejadian, Razarudin dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Katanya, apabila melihat kejadian, Ketua Polis Negara itu berhenti dan memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

“Selain daripada bantuan diberikan, beliau turut memberikan sedikit sumbangan kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisements

“Beliau turut mengarahkan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk memberikan bantuan sewajarnya di lokasi kemalangan,” katanya malam tadi.

Sementara itu, Polis Dirajaya Malaysia (PDRM) turut berkongsi kisah teladan Razarudin di akaun Facebook rasmi mereka.

“Kepimpinan melalui teladan yang ditonjolkan oleh Razarudin wajar menjadi contoh buat semua warga Pasukan dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UWGI saman tiga pegawai kanan Labuan FSA

UW GLOBAL INC., (UWGI) mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga pegawai kanan Labuan FSA bagi menuntut keadilan serta pemulihan kerugian...

Lagi Artikel Berkaitan