Friday, June 5, 2026

Kerajaan terus komited sokong kecemerlangan pelajar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN terus komited menyokong usaha pelajar-pelajar bagi memperoleh kecemerlangan pendidikan dalam pelbagai bidang pengajian termasuk bidang yang popular yakni Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang TVET kini menjadi salah satu pendekatan Kerajaan Perpaduan ke arah memperkasa sumber tenaga kerja mahir warga tempatan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri di negara kita.

“Ini sekaligus mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber tenaga kerja warga asing.

“Komitmen kerajaan dalam memperkasa TVET ini diterjemahkan dalam pelbagai jalinan kerjasama yang dibentuk melalui pelbagai agensi dalam dan luar negara,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Pelajar Malaysia mendengar amanat yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Ahmad Zahid bertemu dengan pelajar Malaysia di Jerman dalam sesi lawatan kerjanya.

Mengulas lanjut, katanya yang juga Pengerusi TVET Negara, beliau mengakui kehidupan para pelajar Malaysia di sini memerlukan tahap kesabaran dan kecekalan yang tinggi.

“Namun saya yakin pengorbanan mereka ini akan membawa makna dan kejayaan yang besar bukan sahaja untuk diri, tetapi juga keluarga, masyarakat serta menjadi aset negara yang berharga kerana mempunyai kepakaran yang tinggi untuk memacu pembangunan negara.

“Dengan wujudnya potensi besar dalam bidang TVET ini, sewajarnya para belia dan ibu bapa tidak perlu lagi bersikap skeptikal terhadap laluan kerjaya dalam bidang TVET ini.

“Saya yakin, bidang TVET kini mampu menjanjikan potensi masa hadapan yang lebih baik kepada pelajar beserta pendapatan yang lumayan,”ujar beliau.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan