Thursday, June 4, 2026

Jam Rolex: Bidaan RM131,000, lelongan ditutup malam ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINGGAL lagi beberapa jam sebelum tempoh bidaan jam tangan mewah jenama Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tamat pada 12 tengah malam ini.

Jam tangan Rolex berkenaan sudah mencatatkan bidaan tertinggi sebanyak RM131,000, setakat pukul 9.33 pagi tadi.

Perkara itu diumumkan beliau menerusi kemas kini di ruangan komen pada hantaran di Facebook rasminya.

“Makluman terkini, (Jam 9.33 pagi, 31/10/23). Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM131,000,” katanya.

Bidaan jam jenama mewah berkenaan akan ditutup jam 12 tengah malam ini.

Semalam, Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya, pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.

Dibuka bidaan pada harga permulaan sebanyak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.

Zulkifli berkongsi inisiatifnya menerusi hantaran di Facebook miliknya bermula semalam, dengan kenaikan bidaan bermula dengan harga RM100 ke atas.

Sejak semalam lagi, maklum balas diterima amat memberangsangkan sekali dan ramai warga net memuji inisiatif yang dilakukan bekas menteri agama itu.

Dalam hantaran sama, Zulkifli turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan