SERAMAI lima individu telah ditahan positif dadah menerusi Operasi Bersepadu oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya di susur Jalan Ampang berdekatan Kampung Pandan hari ini.
Operasi yang dilaksanakan itu turut mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Menerusi pengendali Facebook Friends of Trafik Ampang, tujuan operasi ini dijalankan adalah bagi mengambil tindakan keatas pengguna kenderaan yang melanggar undang-undang jalanraya dan membenteras kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Dalam operasi tersebut seramai lima individu lelaki telah ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.
“Selain itu sejumlah 60 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan trafik,”katanya.
Dalam pada itu, polis turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas yang digariskan kerajaan Malaysia.
“Semoga informasi yang disampaikan melalui media massa ini dapat digunakan sebagai pengetahuan dan panduan agar setiap pengguna jalanraya,”katanya. – Edisi 9

