26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Masalah 60 pelajar Pahang ‘terkandas’ di Mesir selesai – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MASALAH 60 pelajar dari Pahang yang tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah berjaya diselesaikan hasil perbincangannya bersama Sheikh Al-Azhar Prof Dr Ahmed El Tayeb.

Beliau yang membuat kunjungan hormat kepada Ahmed di Al-Azhar semalam berkata, masalah 60 pelajar berkenaan timbul, apabila mereka datang untuk belajar di universiti itu tanpa mengikut prosedur ditetapkan universiti berkenaan, sehingga menyebabkan mereka ‘terkandas’ di Mesir.

“Jalur (saluran) yang ditetapkan Universiti Al-Azhar ialah semua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut.

“Bagaimanapun, saya sudah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak Pahang itu diurus secepat mungkin dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi sudah memberi jaminan.

“Tetapi saya juga beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini tidak akan berlaku lagi, insya-Allah, semua negeri diharap mematuhi peraturan sedia ada kerana ini syarat ditetapkan Kerajaan Mesir dan Universiti Al-Azhar, Alhamdulillah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir.

Advertisements

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.

Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ahmed dan ketibaan beliau di Al-Azhar disambut Timbalan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Muhammad Abdur-Rahman Al-Duwini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Sheikh Al-Azhar itu bersetuju membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, pada suku pertama tahun depan.

“Kunjungan beliau itu akan kita manfaatkan dengan penganjuran sidang Islam serantau, supaya kita mendapat manfaat daripada kehadiran dan gagasan beliau,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia bersama Al-Azhar, akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan itu dan menugaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaraskan penganjurannya. -BERNAMA

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan