31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Penyokong Celtic berdegil, tetap kibar bendera Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYOKONG Celtic tidak mengendahkan kritikan daripada pemilik kelab bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin apabila bertindak mengibarkan bendera negara tersebut dalam aksi liga menentang Hearts, semalam.

Bertandang ke gelanggang lawan di Tynecastle Park, kumpulan penyokong The Hoops dilihat menaikkan puluhan bendera kecil Palestin biarpun sebelum ini mereka di kritik kerana memasang kain rentang pro-Palestin, minggu lalu.

Ini merupakan kesinambungan selepas perkara sama dilakukan ketika menentang Kilmarnock di Celtic Park apabila penyokong tegar, Green Bridgade Ultras menaikkan kain rentang ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Kemenangan kepada penentang’.

Difahamkan, penyokong Celtic akan meneruskan tindakan menaikkan bendera dan kain rentang pro-Palestin ketika aksi Liga Juara Juara Eropah (UCL), menentang Atletico Madrid, awal pagi Khamis.

Advertisements

Celtic sebelum ini menyatakan mesej berbaur politik termasuk kain rentang tidak dialu-alukan di Celtic Park.

“Kain rentang yang dipaparkan di satu bahagian di Celtic park Sabtu lalu tidak menggambarkan pandangan kelab dan kami tidak bersama dengan mereka.

“Kami juga mengecam mesej seperti itu dipamerkan di sini. Celtic merupakan kelab bola sepak dan bukannya organisasi politik.

“Nilai utam kami daripada sejak mula lagi adalah terbuka kepada semua bangsa, warna kulit, politik dan pegangan agama,” katanya menerusi kenyataan, minggu lalu. – Agensi

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan