31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Malaysia tekankan hak rakyat Palestin mesti dikembalikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA sekali lagi menekankan bahawa rakyat Palestin mesti dikembalikan haknya, diiktiraf hak kenegaraannya, dan juga mengakui sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqqadis Timur sebagai ibu negaranya.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penyataan Negara dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, hal Palestin ternyata menjadi tumpuan utama tatkala persidangan ini diadakan semasa Palestin, terutamanya Semenanjung Gaza terus dibedil tanpa henti dan meletakkan kedudukan hak, harta dan nyawa warga Palestin semakin terancam.

“Berikutan itu, Malaysia menggesa agar koridor bantuan kemanusiaan mesti segera digerakkan. Ini bagi memudahkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan.

“Malaysia menegaskan bahawa prinsip dan hukum antarabangsa mesti diperteguh selain mengecam kemunafikan komuniti antarabangsa terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pembantaian ke atas warga Palestin,” katanya.

Beliau berkata, menyekat akses kepada keperluan asas ternyata memburukkan keadaan.

Advertisements

Sementara itu, dalam persidangan sama, Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Muhammad bin Salman kerana mengambil inisiatif yang menggabungkan dua ketumbukan yakni negara-negara ASEAN dan negara-negara teluk.

Katanya, Kerajaan Arab Saudi juga telah lebih awal mengambil inisiatif yang sama berkaitan Palestin di peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) beberapa hari yang lalu.

Dalam pada itu katanya, beliau turut menyentuh mengenai hubungan istimewa ASEAN-GCC serta tantangan yang melingkunginya terutamanya aspek geopolitik yang pasti mengesankan hubungan ekonomi antara kedua-dua benua, dan ia mesti segera didepani bagi memaksimakan potensi ekonomi.

“Saya mengakhiri pernyataan saya dengan mengusulkan ASEAN-GCC Comprehensive Economic Partnership Agreement (CEPA).

“Ia sebagai langkah ke depan demi rakyat kedua-dua rantau dan akan menjadi perjanjian hubungan perdagangan bebas (FTA) yang pertama yang akan menggabungkan ASEAN dan negara-negara Teluk,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan