31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Palestin: Teruskan solat hajat dan berdoa- Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia terus mengadakan solat sunat hajat dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Israel.

Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat sunat hajat yang diadakan memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa.

Turut berdukacita dengan penderitaan rakyat Palestin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan orang ramai agar membantu meringankan beban dialami rakyat negara itu dengan memberi sumbangan termasuk kewangan mengikut kemampuan masing-masing.

“(Nasib) rakyat Palestin begitu sedih, begitu dukacita, kerajaan rejim Zionis telah menghancurkan ribuan rakyat Palestin.

Advertisements

“Saya harap dan menyeru semua rakyat terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin dipelihara, bertahan dan bersemangat tinggi,” titah Seri Paduka semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Pahang Tua di Pekan hari ini.

Turut berangkat paduka anakanda Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Hadir sama, ialah bakal Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri.

Ru’RASA merupakan bantuan rumah kepada golongan memerlukan yang dibina dengan kerjasama UAE dan untuk hari ini, sebanyak 16 penduduk layak menerima kunci rumah. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Masa depan negara cerah jika pekerja terus komited – Zahid

MASA depan negara akan lebih cerah jika semua pekerja di segenap sector memberikan komitmen dan berusaha untuk menjadi yang...

Lagi Artikel Berkaitan