Friday, June 5, 2026

Tersepit 20 minit selepas kereta terbabas, langgar paip air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas dan tersangkut pada paip air utama di Jalan Sungai Sembilang, Kuala Selangor, malam tadi.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu, terpaksa menahan kesakitan selepas tersepit ditempat duduk pemandu selama kira-kira 20 minit dalam kejadian terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.59 malam.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dipandu mangsa berusia 22 tahun.

“Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Selangor.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi, kenderaan yang dipandu dipercayai terbabas arah bertentangan dan tersangkut pada paip utama selepas melanggar pembahagi jalan,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bertugas turut mendapati lelaki itu tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa parah pada kepala dan mengalami kehilangan darah yang banyak.

“Anggota bomba kemudian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan