26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Padah tampil seksi di kawasan perkuburan purba Mesir

Mesti Baca


KAHERAH – Gara-gara berpakaian seksi dan memakai aksesori seperti Firaun di kawasan perkuburan Saqqara, selatan ibu negara ini, seorang model dan jurugambar warga tempatan ditahan pihak berkuasa  Mesir, Isnin lalu.

Middle East Eye melaporkan, beberapa keping gambar diambil jurugambar, Houssam Mohammad memaparkan model Salma al-Shimi memakai aksesori seperti Firaun dan berpakaian di atas paras lutut di tapak arkeologi 30 kilometer selatan Kaherah.

Tindakan Salma bergambar di kawasan itu mencetuskan perdebatan hangat netizen dan media yang menganggap gambar itu bersifat provokasi dan menghina.

Tindakan Salma bergambar di kawasan itu mencetuskan perdebatan hangat netizen dan media yang menganggap gambar itu bersifat provokasi dan menghina.

Pasangan itu bagaimanapun dibebaskan semalam selepas membayar ikat jamin.

Menurut sumber kehakiman, pasangan itu didakwa mengambil gambar tanpa kebenaran Di tapak arkeologi Saqqara dan dibebaskan selepas membayar ikat jamin 500 pound Mesir (RM130) setiap seorang bergantung kepada hasil siasatan.

Akhbar el-Youm melaporkan kelmarin, Shimi semasa tampil di hadapan pendakwa raya menafikan pertuduhan ke atasnya Dan mendakwa dia hanya mahu mempromosikan pelancongan Mesir berbanding menghina negaranya sendiri.

Shimi dilaporkan berkata, dia tidak tahu jika mengambil gambar di kawasan arkeologi tanpa permit tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, pakaian model itu mencetuskan perdebatan di dalam media sosial dengan ada yang bertanggapan gambar itu tidak menghormati tapak purba berkenaan.

Sebelum ditahan, Mohamad mendakwa Shimi memasuki tapak itu dengan memakai abaya (jubah) dan menukarnya sejurus sampai di lokasi penggambaran.

Advertisements


Malah katanya, enam kakitangan tapak perkuburan itu turut menyaksikan penggambaran selama 15 minit tanpa meminta mereka memadamnya.

Mohamad berkata, dia terkejut penggambaran itu mencetuskan kemarahan netizen dengan mendakwa jika wanita ‘kurus’ di tempat Salma, ia tidak akan menjadi isu.

Bagaimanapun, selepas penahanan Mohamad dan Shimi, nada perdebatan berubah selepas kebanyakan netizen menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya kebebasan bersuara di Mesir.

Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri berkata, mana-mana individu tidak menghormati antikuiti dan ketamadunan Mesir akan dihukum.

Saqqara yang merupakan lokasi tumpuan pelancong merupakan kawasan perkuburan yang mengandungi beberapa piramid termasuk Step Pyramid of Djoser.

Penahanan itu dibuat ditengah-tengah tindakan kekerasan ke atas pengguna media sosial wanita dengan kandungan yang dianggap tidak sesuai.

Ada netizen mendakwa jika lelaki memakai pakaian sedemikian rupa tidak akan menjadi masalah.

Satu insiden mencetuskan pergerakan hak asasi wanita timbul awal tahun ini apabila lima wanita dihukum penjara dua tahun dan masing-masing didenda 300,000 pound Mesir(RM77,927) kerana hantaran TikTok yang dianggap mencabul moral awam.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan