Friday, June 5, 2026

Jerebu: 10 kawasan catat IPU tidak sihat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEADAAN jerebu di negara ini kembali berkurangan selepas hanya 10 kawasan di lima negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) yang kendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS), lima negeri yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Sehingga pukul 9 pagi tadi, Banting di Selangor dan Cheras di Kuala Lumpur merekodkan paras bacaan tertinggi dengan 157.

Beberapa kawasan lain yang merekodkan bacaan melebihi 150 ialah Klang (154), Shah Alam (153), Bukit Rambai (153), Nilai (152) dan Johan Setia (152).

Selain itu, kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya (137), Batu Pahat (107) dan Putrajaya (105).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan