30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Jerebu: Nilai masih catat IPU tidak sihat setakat 11 pagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Negeri Sembilan masih menunjukkan tahap tidak sihat, yang melebihi 100 setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini terbaharu laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai menunjukkan bacaan IPU tertinggi iaitu 157.

Ia diikuti Seremban dengan bacaan IPU sebanyak 151 dan Port Dickson (111).

Advertisements

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah di Cheras, Selangor (155); Petaling Jaya (122); Banting (121) dan Shah Alam (119).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan