31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Ismail Sabri bimbang agensi kerajaan guna bahasa asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bimbang keghairahan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan menggunakan bahasa asing akan melupuskan Bahasa Melayu.

Beliau berkata, tindakan afirmatif perlu dilaksanakan dengan segera dengan meminda undang-undang supaya penggunaan bahasa yang tepat dapat diperluaskan.

“Pihak swasta dilihat lebih galak menggunakan Bahasa Inggeris. Kebanyakan acara dianjurkan menggunakan Bahasa Inggeris.

“Adakah kita masih akan berbicara dan berdebat mengenai bahasa Melayu untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang?

“Mungkin kita satu-satunya negara yang masih bergelut dan berjuang untuk memartabatkan bahasa sendiri sejak merdeka sehingga hari ini?,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kolumnya Jalar Fikir terbitan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, beliau yakin Kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini.

“Saya percaya kerajaan hari ini memberi perhatian kepada perkara ini malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang sentiasa berjuang untuk mengangkat martabat bahasa Melayu.

“Ini dapat dilihat daripada bahasa percakapan dan ucapan-ucapan rasmi beliau sejak dahulu lagi menggunakan istilah-istilah ‘pelik’ seperti canggih, ketimbang, wewenang dan purbasangka.

“Beliau membuktikan bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian dan ragamnya yang tersendiri,”katanya.

Beliau turut mahu Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa Ekonomi dalam urusan dagang antarabangsa.

“Negara-negara maju Eropah seperti Jerman dan Perancis, begitu juga China dan Jepun berupaya menguasai bidang ekonomi, perniagaan dan penghasilan teknologi baharu meskipun menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Bahasa Melayu telah dijadikan lingua franca atau bahasa perantaraan dalam urusan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan