26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

‘Mat Bangla’ tunggang motosikal milik anggota polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MOTOSIKAL yang ditunggang oleh seorang warga asing tanpa selain tidak mempunyai cukai jalan menerusi satu video yang tular dimiliki oleh seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, video yang dikesan tular menerusi media sosial pada Ahad lalu itu memaparkan warga asing tersebut ditahan seorang anggota polis trafik.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati penunggang tersebut tidak memiliki lesen memandu selain motosikal ditunggang tiada cukai jalan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang kemudiannya mengeluarkan saman terhadap penunggang tersebut,”katanya.

Advertisements

Katanya, semakan dijalankan mendapati motosikal tersebut dimiliki oleh salah seorang anggota polis di Sepang.

“Pemilik motosikal ini telah menghantar motosikalnya untuk dibaiki di sebuah bengkel.

“Bagaimanapun, disebabkan pemilik terlalu lama tidak mengambil semula motosikalnya, warga asing berkenaan meminta untuk membelinya sebelum dipersetujui pemiliknya itu,” katanya.

Pada Ahad, satu video tular di media sosial memaparkan seorang penunggang warga asing ditahan anggota polis trafik.

Menerusi paparan video berkenaan, penunggang itu dikesan tidak memiliki lesen selain motosikal tersebut tidak mempunyai cukai jalan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan