26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

Lelaki seludup arak tanpa cukai ditahan di Bakri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalan kegiatan penyeludupan arak tanpa cukai selepas polis menyerbu sebuah rumah di Bakri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan serbuan itu pada jam 7.30 petang.

“Dalam serbuan itu, pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun dan turut merampas 48 kotak mengandungi pelbagai jenama arak.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan RM50,419,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berikutan itu, katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Raiz Mukhliz berkata, Op Kontraban itu akan terus dijalankan dalam mengekang dan membanteras kegiatan penyuludupan terutama di daerah ini. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan