24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Lima nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan lima nelayan Indonesia kerana menceroboh perairan negara di sekitar Pulau Kendi, Rabu lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran itu dikesan ketika sedang bergerak di sekitar kedudukan 37 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Katanya, penggeledahan dan pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan lima kru termasuk tekong merupakan warga Indonesia berumur antara 12 hingga 35 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut Maritim Malaysia turut mendapati, kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisements
Lima nelayan Indonesia ditahan kerana menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Kendi, kelmarin. – Edisi9/Maritim Malaysia

“Kru bot tersebut direman selama 14 hari bagi membantu siasatan. Bot serta hasil tangkapan ikan telah ditahan serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nak Rong berkata, kesalahan terbabit akan didakwa dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cubaan menangkap ikan di dalam perairan Malaysia.

“Selain itu mereka akan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan