31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kelayakan Euro 2024: Les Bleus kekal rekod bersih

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERANCIS memberi amaran awal kepada pencabar Kejohanan Eropah (Euro) 2024 apabila mengekalkan rekod bersih, menang kesemua lima perlawanan peringkat kumpulan pusingan kelayakan selepas menewaskan Republik Ireland, 2-0, awal pagi tadi.

Skuad Les Bleus kini mendahului Kumpulan B selepas mengumpul 15 mata, meledak 11 jaringan dan berjaya mempertahankan kubu mereka daripada dibolosi sebarang gol.

Pencabar terdekat, Belanda, kini berada di tempat kedua dengan enam mata daripada tiga perlawanan.

Dalam aksi di Parc Des Princes, Paris, Aurelien Tchouameni meletakkan Perancis di depan pada minit ke-19 apabila melepaskan satu rembatan lengong dari luar kawasan penalti, menewaskan Gavin Bazunu di gawang pelawat.

Advertisements

Marcus Thuram menggandakan jaringan buat Les Bleus pada minit ke-48 selepas mudah menyepak masuk bola dari jarak dekat ketika percubaan Kylian Mbappe dihalang pertahanan Ireland.

Sementara itu dalam satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Belanda garang membelasah Greece, 3-0 di Phillips Stadion, awal pagi tadi.

Marten De Roon meletakkan skuad bimbingan Louis van Gaal di depan pada minit ke-17 sebelum penyerang Liverpool, Coady Gakpo menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-31.

Bekas penyerang Manchester United, Wout Weghorst meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-39 selepas menanduk masuh hantaran Danzel Dumfries sekali gus melengkapkan kemenangan skuad Oranje. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan